Pages

Thursday 19 October 2017

'Selimut' scene Berenang


Babak berenang juga merupakan pergerakan yang agak sukar. Video rujukan ada tetapi pergerakan untuk si Ayip agak terbatas, kerana di bahagian lengan dia mudah terkepak..haha

Untuk membuat pergerakan dia dengan menentukan pergerakan masa sebenar memang susah. Kena perbetulkan timeline di 3ds Max untuk menampakkan pergerakan yang sempurna.

Wednesday 18 October 2017

'Selimut' scene Ayip sedang tidur



Babak si Ayip sedang lena agak ni agak sukar kerana tiada video rujukan. Oleh itu, terpaksa la buat rujukan merekod diri sendiri tidur. Banyak shot juga la ikutkan untuk mendapatkan mood tidur ini. Video ni memang nampak macam singkat, tetapi nak buat animation ni agak la lama.



Ini babak footage dimana Ayip sedang tidur di atas katil.



Tuesday 10 October 2017

Mesti korang penah dengar lagu ni kan. Nyanyian kumpulan indie-band HUJAN. Aku suka ngan liriknya yang ada makna mendalam. Zaman ni dah banyak band-band indie yang fames, salah satu band Hujan ni la yang aku minat dengar lagu dia sampai terbuai lena la kalau dengar.

Banyak lagu-lagu hujan yang aku dengar, ini yang selalu buat terasa emosi sedikit..haha





Bila, aku sudah tiada 
Simpan semua lagu ku 
Jangan di tangis selalu 

Mungkin, itu sementara 

Bila jumpa pengganti ku 
jangan di lupakan aku 

Pagi itu indah seperti biasa 

Tidur yang lena terhenti di sana 
Layap kuyu masih tak terdaya 
Bukalah tingkap mu Curahkan cahaya… 

Siapa yang sangka 

Bila tiba masa kita 
Untuk pergi selamanya 

Takkan terduga 

Jika saat ni Tuhan tentukan 
Aku lah orangnya 

ulang(bila)


Gelak tawa tangisan yang hiba 

Kenangan kita masa di dunia 
Alangkah indahnya jika 
Kita mampu hidup selamanya…

Wednesday 4 October 2017

BAD GENIUS [REVIEW]

Bad Genius mengisahkan seorang genius bernama Lynn yang bijak sehingga mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah swasta terkenal. Pada hari pertama beliau masuk ke sekolah, belau telah mendapat seorang kawan baik bernama Grace. Mengetahui Lynn seorang genius, Grace meminta Lynn menjadi tutornya untuk subjek metametik. Sungguhpun beliau telah di ajar, Grace masih tidak mampu untuk menjawab soalan tersebut dan memaksa Lynn untuk membuat helah untuk memberikan jawapan kepadanya. Mujur jawapan yang diminta itu objektif, kalau la ia subjektif bagaimana untuk Lynn menulisnya.



Walaupun Lynn bukan bermaksud untuk membantu Grace meniru jawapan dalam peperiksaan, akan tetapi ia memberikan dia kelebihan untuk membuat keuntungan kerana ramai pelajar-pelajar yang kaya menawarkan bayaran untuk mendapatkan jawapan peperiksaan. Cara bijak untuk beliau memberitau jawapan A, B, C ataupun D ialah dengan mengajuk bermain piano.

Namun datanglah seorang persaingnya lelaki, Bank. dia merupakan pelajar baru di situ dan merupakan seorang jujur dan amanah. Bagaimanakah kesan yang diberikan kepada Lynn?
untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini.

Tuesday 3 October 2017

Lukisan Abstrak


Ini juga merupakan media yang aku jarang sekali menggunakan, akrilik di atas kanvas a2. Aku dah la takde asas dalam menggunakan bahan akrilik ni, nak pula atas permukaan yang besar lagi la aku fail. Aku tak pandai lukis benda yang besar ni, sebab aku tahu mesti cacat banyak la..haha

Awalnya, aku nak buat corak berasaskan dua warna merah dan biru. Aku campurkan dua warna ni dan baru membuat ukiran. Lepas itu, aku cuba untuk menimbulkan testur di atas permukaan kanvas bagi nampak menarik seperti yang di khabarkan oleh Mr. M. Aku mencuba tetapi tidak dapat testur yang diinginkan dan ini lah hasil terakhirnya.

Monday 2 October 2017

Potret - Model Alang Syeran (Syeran Skynight)


Dalam kelas ni, Mr. M memberikan task untuk melukis sebuah potret dengan menggunakan media arang di atas kertas a2. Ikutkan Mr. M menyuruh lukis di atas kertas a1 tetapi dia memikirkan student nya. 

Aku arang memang dari sekolah tak ada belajar dengan arang ni. Memang ini benda baru la, yang merisau kan aku bagaimana untuk memadamkannya jika ada kesalahan. Arang kan, lagi kita padam lagi la comot..haha


Inilah model bagi potret ni, namanya Mohd Syahiran. Beliau merupakan senior aku, artwork dia semua menarik belaka tak percaya nanti boleh pm dia kalau mahu.

Sunday 1 October 2017

Lukisan pasar kelas illustration dengan menggunakan media watercolor


Awalnya agak risau juga la bila disuruh menggunakan watercolor. Almaklumlah, kawan ni dah la tak pandai memilih warna kena pula warna air ni lagi la kawan takut nak mewarna. Bukan takut dengan warna, tapi takut lukis tu elok-elok ada rupa bila diwarnakan tak nampak dah rupa asal..haha

Nak tak nak memang kena siap juga la lukisan ni, kena la menuntut dengan orang mahir. Aku pun suruh si Mel ajar aku menggunakan watercolor ni.